Thursday, September 18, 2008

Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Permodalan PSM Pahang Barat Berhad

Kuala Lipis - Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Permodalan PSM Pahang Barat Berhad telah berjaya diadakan pada hari ini mulai jam 2.30 ptg hingga 5.30 ptg bertempat di Pejabat Pelajaran Daerah Lipis, Lipis Bandar Warisan Sejarah.

Seramai 54 orang bakal anggota koperasi telah melapangkan masa untuk hadir di mesyuarat agung ini.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Cik Nurhafedah bt Seman, Penolong Pendaftar SKM Wilayah Raub/Lipis & Encik Razali Ibrahim (Pegawai SKM Wilayah Raub/Lipis), Haji Zahari bin Haji Uda, Pegawai Pelajaran Daerah Lipis.

Penerangan mengenai Asas Koperasi telah disampaikan oleh Cik Norhafedah bt Seman.

Ahli Lembaga Koperasi (ALK) yang dipilih & dilantik bagi tahun 2008/2009 :

Pengerusi : Drs. Wan Aminuddin bin Wan Ab. Hamid., AMP
Setiausaha : En. Hamdan bin Abdullah
Bendahari : En. Ramly bin Rasul
Ahli : En. Rokeman bin Abd Jalil
Ahli : En. Mohamed Ali bin Haniffa
Ahli : En. Saharom bin Idris
Ahli : En. Md Nor bin A. Rahman
Ahli : Pn. Noorhayati binti Daud
Ahli : En. Muhammad Yasin bin Hassan

Pengerusi & Ahli Lembaga Koperasi Permodalan PSM Pahang Barat merakamkan setinggi penghargaan & terima kasih kepada Pegawai SKM Wilayah Raub/Lipis kerana memberikan nasihat & panduan sehingga membolehkan Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi ini dapat dijayakan seperti yang diadual.

Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Mesyuarat Agung Permulaan ini.

Editor Buletin Kop.PPSMPBB

No comments: