Sunday, September 28, 2008

Kunjungan Hormat PSMKL Terhadap Pegawai Daerah Lipis

Kuala Lipis - Pengerusi & Ahli Jawatankuasa PSMKL akan mengadakan satu kunjungan hormat terhadap En. Abu Jamal bin Nordin., AAP., Pegawai Daerah Lipis merangkap Penaung PSMKL yang baru pada 29 Oktober 2008 jam 12.00 t.hari bertempat di Pejabat Daerah Lipis.

Editor

Friday, September 26, 2008

Perasmian Bangunan WISMA SEJARAH

Majlis Perasmian Bangunan Wisma Sejarah dijadualkan pada 14 Oktober 2008 (Selasa) jam 5.00 petang oleh YAB Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden Persatuan Sejarah Malaysia.

PSMKL turut dijemput ke majlis ini, dan 5 orang AJK akan hadir di majlis perasmian tersebut. Pakaian Rasmi : Batik PSM.

Editor

Thursday, September 25, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1429H

Kuala Lipis - Pengerusi & Ahli Jawatankuasa PSMKL mengucapkan SELAMAT HARI AIDIL FITRI - MAAF ZAHIR BATIN kepada semua ahli.

"Kuala Lipis Bandar Warisan Sejarah"
"Bersama Memartabatkan Sejarah Malaysia".

Editor

Thursday, September 18, 2008

Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Permodalan PSM Pahang Barat Berhad

Kuala Lipis - Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Permodalan PSM Pahang Barat Berhad telah berjaya diadakan pada hari ini mulai jam 2.30 ptg hingga 5.30 ptg bertempat di Pejabat Pelajaran Daerah Lipis, Lipis Bandar Warisan Sejarah.

Seramai 54 orang bakal anggota koperasi telah melapangkan masa untuk hadir di mesyuarat agung ini.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Cik Nurhafedah bt Seman, Penolong Pendaftar SKM Wilayah Raub/Lipis & Encik Razali Ibrahim (Pegawai SKM Wilayah Raub/Lipis), Haji Zahari bin Haji Uda, Pegawai Pelajaran Daerah Lipis.

Penerangan mengenai Asas Koperasi telah disampaikan oleh Cik Norhafedah bt Seman.

Ahli Lembaga Koperasi (ALK) yang dipilih & dilantik bagi tahun 2008/2009 :

Pengerusi : Drs. Wan Aminuddin bin Wan Ab. Hamid., AMP
Setiausaha : En. Hamdan bin Abdullah
Bendahari : En. Ramly bin Rasul
Ahli : En. Rokeman bin Abd Jalil
Ahli : En. Mohamed Ali bin Haniffa
Ahli : En. Saharom bin Idris
Ahli : En. Md Nor bin A. Rahman
Ahli : Pn. Noorhayati binti Daud
Ahli : En. Muhammad Yasin bin Hassan

Pengerusi & Ahli Lembaga Koperasi Permodalan PSM Pahang Barat merakamkan setinggi penghargaan & terima kasih kepada Pegawai SKM Wilayah Raub/Lipis kerana memberikan nasihat & panduan sehingga membolehkan Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi ini dapat dijayakan seperti yang diadual.

Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Mesyuarat Agung Permulaan ini.

Editor Buletin Kop.PPSMPBB

Sunday, September 14, 2008

Amalan Terbaik Dalam Kod Etika Koperasi

1. Tanggungjawab Statutori
Mematuhi perundangan koperasi berkaitan tingkahlaku, sistem & prosedur, serta pengawasan & pengawalan perjalanan koperasi.

2. Tanggungjawab Fidusiari
Kegagalan melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan merupakan satu perlakuan
pecah amanah.

3. Tanggungjawab Operasi
Kegagalan melaksanakan tanggungjawab operasi pula dilihat sebagai mungkir janji.

7 Prinsip Koperasi

1. Keanggotaan sukarela dan terbuka
2. Kawalan demokratik oleh anggota
3. Penglibatan ekonomi anggota
4. Autonomi dan kebebasan
5. Pendidikan, latihan & maklumat
6. Kerjasama antara koperasi
7. Prihatin Terhadap masyatakat

Friday, September 12, 2008

Info Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Permodalan PSM Pahang Barat Berhad

PSM LIPIS dalam Mesyuarat Agung Kali Ke-1 pada 25 April, 2008 yang diadakan di Lipis CentrePoint bersetuju untuk menubuhkan sebuah KOPERASI bagi membantu PSMKL menjayakan sebarang aktiviti yang berorientasikan perniagaan dan keusahawanan berasaskan pengumpulan modal anggota.

Keanggotaan koperasi terbuka kepada peminat-peminat sejarah di daerah Lipis, Jerantut, Raub, dan Bentong. Koperasi yang bakal ditubuhkan ini dinamakan : KOPERASI PERMODALAN PSM PAHANG BARAT BERHAD.

Pengerusi & Ahli Jawatankuasa Penaja Koperasi Permodalan PSM Pahang Barat Berhad mempelawa semua ahli berdaftar PSMKL & juga individu-individu yang berminat terhadap PSM/Koperasi PPPBB agar dapat melapangkan masa untuk menghadiri Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi yang dijadualkan pada 18 Setember 2008 (Khamis) akan datang jam 2.30 petang bertempat di Pejabat Pelajaran Daerah Lipis, Kuala Lipis.

Aturcara :

1. Pendaftaran = 50 orang
2. Ucapan Pengerusi PSMKL/Penaja Koperasi
- Drs. Wan Aminuddin bin Wan Ab. Hamid., AMP.
3. Ucapan Pegawai Pelajaran Daerah Lipis - Haji Zahari bin Haji Uda., SMP.
4. Penerangan Koperasi & Perasmian - Penolong Pendaftar SKM Raub & Lipis - Cik Norhafedah Seman & En. Razali Ibrahim
5. Pembentangan & Menerima Undang-Undang Kecil Koperasi
6. Pemilihan & Pelantikan Ahli Lembaga Koperasi - 9 orang
7. Mesyuarat ALK selepas Mesyuarat Agung Permulaan

Keanggotaan koperasi mesti terdiri daripada AHLI PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA KAWASAN LIPIS

Keprihatinan anda untuk menjadi ahli PSMKL & anggota Koperasi amatlah dihargai, dan didahului dengan ucapan terima kasih.

KUALA LIPIS BANDAR WARISAN SEJARAH
BERSAMA MEMARTABATKAN SEJARAH MALAYSIA

Drs. Wan Aminuddin bin Wan Ab. Hamid., AMP.
Pengerusi PSMKL/
Pengerusi Penaja Koperasi