Friday, September 12, 2008

Info Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Permodalan PSM Pahang Barat Berhad

PSM LIPIS dalam Mesyuarat Agung Kali Ke-1 pada 25 April, 2008 yang diadakan di Lipis CentrePoint bersetuju untuk menubuhkan sebuah KOPERASI bagi membantu PSMKL menjayakan sebarang aktiviti yang berorientasikan perniagaan dan keusahawanan berasaskan pengumpulan modal anggota.

Keanggotaan koperasi terbuka kepada peminat-peminat sejarah di daerah Lipis, Jerantut, Raub, dan Bentong. Koperasi yang bakal ditubuhkan ini dinamakan : KOPERASI PERMODALAN PSM PAHANG BARAT BERHAD.

Pengerusi & Ahli Jawatankuasa Penaja Koperasi Permodalan PSM Pahang Barat Berhad mempelawa semua ahli berdaftar PSMKL & juga individu-individu yang berminat terhadap PSM/Koperasi PPPBB agar dapat melapangkan masa untuk menghadiri Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi yang dijadualkan pada 18 Setember 2008 (Khamis) akan datang jam 2.30 petang bertempat di Pejabat Pelajaran Daerah Lipis, Kuala Lipis.

Aturcara :

1. Pendaftaran = 50 orang
2. Ucapan Pengerusi PSMKL/Penaja Koperasi
- Drs. Wan Aminuddin bin Wan Ab. Hamid., AMP.
3. Ucapan Pegawai Pelajaran Daerah Lipis - Haji Zahari bin Haji Uda., SMP.
4. Penerangan Koperasi & Perasmian - Penolong Pendaftar SKM Raub & Lipis - Cik Norhafedah Seman & En. Razali Ibrahim
5. Pembentangan & Menerima Undang-Undang Kecil Koperasi
6. Pemilihan & Pelantikan Ahli Lembaga Koperasi - 9 orang
7. Mesyuarat ALK selepas Mesyuarat Agung Permulaan

Keanggotaan koperasi mesti terdiri daripada AHLI PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA KAWASAN LIPIS

Keprihatinan anda untuk menjadi ahli PSMKL & anggota Koperasi amatlah dihargai, dan didahului dengan ucapan terima kasih.

KUALA LIPIS BANDAR WARISAN SEJARAH
BERSAMA MEMARTABATKAN SEJARAH MALAYSIA

Drs. Wan Aminuddin bin Wan Ab. Hamid., AMP.
Pengerusi PSMKL/
Pengerusi Penaja Koperasi

No comments: