Friday, September 12, 2008

Majlis Pelancaran Penubuhan PSM Kawasan Lipis

Penubuhan PSM Kawasan Lipis telah pun dirasmikan pelancarannya oleh YB Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman (Ahli Parlimen Lipis) pada tanggal 10 Ogos, 2007 bertempat di Pahang Club, Kuala Lipis. Tetamu penting yang hadir dalam majlis ini ialah : YH Dato' Haji Zainal Abidin bin Mat (Pegawai Daerah Lipis merangkap Penaung PSMKL), Haji Zahari bin Hj. Uda (Pegawai Pelajaran Daerah Lipis merangkap Penasihat PSMKL), YH Dato' Haji Zainuddin bin Jumaat (Setiausaha Kehormat PSM Cawangan Pahang), Supt. Mohd Shakaruddin Che Mood (Ketua IPD Lipis), dan Drs. Wan Aminuddin bin Wan Ab. Hamid (Pengerusi PSMKL).

Penubuhan PSM Kawasan Lipis ini merupakan sebahagian daripada program sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan negara 50 tahun (1957-2007) peringkat daerah Lipis.

Kira-kira 100 orang telah menghadiri majlis pelancaran penubuhan persatuan ini. PSMKL merakamkan terima kasih kepada para jemputan yang dapat melapangkan masa bersama-sama dalam majlis yang bersejarah ini.

PSMKL amat berterima kasih kepada Majlis Daerah Lipis yang menyediakan persiapan pelancaran ini di Pahang Club Lipis, Jawatankuasa Teknikal PSMKL, dan para penyumbag dana bagi menjayakan majlis pelancaran ini.

Editor

No comments: